Sejarah Falsafah

Untuk memahami falsafah, kita mesti mempelajari sejarah perkembangannya. Ini bertujuan untuk mempelajari setiap perkembangan pemikiran yang berkembang di sepanjang sejarah perkembangan manusia. Sejarah memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk satu pola pemikiran ahli falsafah dalam mengemukakan ideanya.

Sejarah jika di pelajari akan memberitahu kita akan perkara-perkara besar yang berlaku pada zaman tersebut. Di samping itu, kita juga mengetahui perkara-perkara yang menjadi tumpuan utama masyarakat serta ideologi yang mempengaruhi pemikiran masyarakat. Pada masa sama, kita juga akan dapat mengetahui sebab munasabab ideologi itu di kemukakan oleh seseorang ahli falsafah tersebut.

Dalam sejarah falsafah, ia bermula pada zaman Yunani. Ada pendapat menyatakan ia bermula pada zaman Mesir kuno. Pada zaman Yunani, munculnya beberapa ahli falsafah bersa pada zaman tersebut, antaranya adalah Aristotle, Plato, Socrates dan sebagainya. Falsafah mula dikenali ramai sejak dari zaman Yunani ini, tokoh-tokoh falsafah Yunani ini telah memberi sumbangan dalam sejarah falsafah dengan menyusun falsafah secara sistematik.

Sejak zaman berzaman, falsafah ini berkembang berdasarkan kepada pemikiran ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle. Segala perkembangan pemikiran pada zaman berikutnya berdasarkan kepada pemikiran tokoh-tokoh ini. Kemudian, falsafah berkembang dengan mengikut perubahan zaman dengan munculnya falsafah dan pemikiran baru seperti Liberalisme, Idealisme, Realisme dll.

Makna Falsafah

Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai falsafah dan peranannya dalam hidup dan kehidupan yang sungguh luas dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menelurusi makna serta intipati bagi falsafah ini.

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Kepentingan Falsafah

Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.

Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Falsafah dan Sorotan kerumitannya

Falsafah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat dalam dunia masa kini dan sejak dahulu lagi. Ia menjadi titik tolak kepada pembangunan dan pembinaan sesebuah tamadun kemanusiaan. Di samping ia menjadi cabang kepada ilmu, malah ia menjadi nadi dan pengerak kepada ilmu-ilmu yang lain.

Boleh di katakan, falsafah merupakan ilmu yang membincangkan tentang asas-asas dan juga dasar-dasar kepada ilmu yang terdapat di dunia kini. Sejak dari zaman Yunani lagi, perbincangan falsafah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, perubatan, matematik, fizik, metafizik, teologi, sejarah dsb. Bidang ilmu falsafah ini bukan sahaja membincangkan mengenai soal fizikal semata-mata iaitu dengan menjawab persoalan apa, bagaimana, siapa dan bila, akan tetapi ia menjawab lebih dari itu dengan cuba menjawab persoalan mengapa dan kenapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...