Makna Falsafah

Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai falsafah dan peranannya dalam hidup dan kehidupan yang sungguh luas dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menelurusi makna serta intipati bagi falsafah ini.

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Kepentingan Falsafah

Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.

Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...