Imam
Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai
sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada
akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari
matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan
sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan
segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya.
Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada
manusia.
Akal
ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga
kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah
golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat
sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini
diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4)
Dengan
dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam
dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan
menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan,
dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang
mengagumkan.
Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi
utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala
kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya
supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik
rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah
dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Akal
itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah,
sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar
(dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".
Dalam
ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala
perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita
ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib.
Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal.
Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan
akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:
"Wahai
manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah
dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan
kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong
kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang
yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar,
kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk
dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang
menderhakai-Nya".
Al-Quran
sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini
terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang
boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi.
Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman
yang bermaksud: