Makna Falsafah Menurut al-Kindi

Al-Kindi merupakan salah seorang yang digolongkan sebagai ahli falsafah Islam. Beliau digelar sebagai ahli falsafah Islam yang pertama dan ahli falsafah Arab. Beliau merupakan seorang yang berketurunan arab asli dari Selatan Semenanjung Arab dari keturunan al-Kindi.

Falsafah secara umumnya ditakrifkan sebagai daya usaha pemerasan akal manusia untuk mencapai hakikat sama ada di bidang metafizik, hakikat di bidang akhlak atau nilai (aksiologi), dan hakikat di bidang ilmu atau makrifah (epistimologi).

Menurut al-Kindi, yang merupakan orang yang memperkenalkan falsafah dalam dunia Islam, menjelaskan bahawa falsafah sebagai suatu ilmu pengetahuan yang paling mulia iaitu ilmu pengetahuan mengenai sebab dan realiti Ilahi yang pertama dan merupakan sebab dari semua realiti. Beliau juga turut menyatakan bahawa ia adalah ilmu dari segala ilmu dan kearifan dari segala kearifan. Maksudnya, falsafah merupakan suatu ilmu yang penting dan utama berbanding ilmu-ilmu lain iaitu ilmu duniawi. Dalam urutan ilmu pengetahuan duniawi, ilmu falsafah mendapat kedudukan yang pertama dan setiap manusia mesti mempelajarinya. Oleh kerana itu, falsafah di sini al-Kindi berada pada kedudukan pertama dalam klasifikasi ilmu pengetahuan.

Beliau juga menyatakan bahawa falsafah itu adalah pengetahuan tentang hakikat benda-benda yang boleh dijangkaui oleh manusia kerana matlamat utama seseorang ahli falsafah dalam ilmu teori itu untuk mencapai kebenaran dan dalam ilmu praktiknya pula untuk bertindak sejajar dengan kebenaran. Ilmu ini merangkumi ilmu teologi, ilmu tauhid, etika dan semua jenis ilmu yang berguna.

Dalam risalah beliau iaitu fi falsafah al-ula, beliau mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang hakikat benda-benda yang boleh dijangkau oleh manusia, kerana matlamat utama seseorang ahli falsafah dalam ilmu teori ialah untuk mencapai kebenaran dan dalam ilmu praktikal pula untuk bertindak sesuai dengan kebenaran. Seterusnya, beliau menghuraikan, ia juga adalah ilmu tentang hakikat (kebenaran) sesuatu menurut kemampuan manusia yang meliputi ilmu keTuhanan, ilmu keEsaan, ilmu tentang sesuatu yang berguna dan cara memperolehinya serta cara menjauhi perkara-perkara yang merugikan.

Apakah Falsafah Itu? Makna Falsafah itu...

Perkataan Falsafah فلسفة  ialah kalimah معربة  mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan.
1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta).
2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah.
Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف  (failusuf) yang membawa maksud  محب الحكمة  (muhibbul hikmah = pencinta hikmah)
Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi.
Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut;

Makna Falsafah Menurut Thomas Hobbes

Thomas Hobbes (1588-1679M) merupakan ahli falsafah Inggeris memerihalkan falsafah sebagai ilmu pengetahuan yang menerangkan hubungan cause and effect atau sebab dan akibat.

Makna Falsafah Menurut Cicero

Cicero (106-43SM) merupakan seorang ahli falsafah Romawi. Beliau menyatakan falsafah ialah the mother of all the arts atau ibu daripada semua seni. Falsafah baginya punca bagi segala ilmu pengetahuan yang terluhur. Beliau turut menegaskan bahawa falsafah sebagai seni kehidupan.

René Descartes

Rene Descartes (1595-1650M) merupakan seorang tokoh falsafah Perancis dan penulis yang membesar dan menghabiskan hidupnya di Belanda. Beliau dilahirkan pada tahun 1595M di La Haye, Touraine, Perancis. Pada usianya yang muda, beliau mempelajari falsafah skolastik, fizik dan matematik di La Fleche. Hanya matematik yang menarik minatnya, ini kerana baginya, matematik dapat memberikan kepastian dan kejelasan.

Beliau pernah mengembara dan memasuki perkhidmatan tentera serta bercampur gaul dengan sehenap lapisan masyarakat. Walaupun sibuk, beliau tetap berfikir tanpa henti. Beliau sering mencari jawapan kepada persoalan bagaimana untuk mencari kepastian dalam falsafah?. Beliau terkenal dengan teori keraguannya dengan katanya "Aku berfikir, maka dengan itu aku wujud" @ " Cogito ergo sum".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...