Perbincangan dalam ilmu falsafah memberikan banyak hasil dan penemuan oleh ahli falsafah. Penemuan-penemuan tersebut telah disusun dan diatur dengan baik dalam ilmu falsafah supaya ia dapat dipelajari dengan mudah dan dapat memahami perbincangan yang dibentangkan dalam ilmu ini. Secara umumnya, ilmu falsafah ini disusun dalam tiga bahagian yang besar iaitu Epistemologi (Teori Ilmu Pengetahuan), Ontologi (Teori Hakikat) dan Etika (Teori Nilai). Setiap bahagian besar ini menghasilkan pula beberapa cabang kecil lagi daripada tiga cabang ini.
Epistemologi - Teori Ilmu Pengetahuan
Cabang ilmu falsafah ini membicarakan mengenai teori tentang cara mendapatkan ilmu pengetahuan dan membahaskan mengenai bagaimana cara mendapatkan pengetahuan tersebut sehingga menjadi ilmu pengetahuan yang benar dan betul. Perkara yang dibahaskan dalam bahagian ini ialah berkisar kepada apa sebenarnya akikat pengetahuan itu, cara berfikir dan hukum berfikir yang mana harus digunakansupaya mendapatkan hasil pemikiran yang dekat kepada kebenaran.Ia turut juga membahaskan mengenai bagaimana cara yang sepatutnya digunakan untuk memperolehi pengetahuan.
Perkataan Epistimologi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu episteme yang bermaksud knowledge atau pengetahuan danlogy yang bermaksud teori. Oleh yang demikian, epistemologi bermaksud teori tentang pengetahuan.Terdapat beberapa persoalan asas dalam bahagian ini iaitu, Apakah ilmu pengetahuan itu? Apakah sumber ilmu pengetahuan? Dari mana ilmu pengetahuan itu datang? Bagaimana kita mengetahui ilmu pengetahuan?
Menurut sesetengah pendapat, terdapat lima sumber ilmu pengetahuan atau cara memperolehi ilmu pengetahuan;
1. Emperikal - melahirkan aliran Emperisme
2. Rasional - melahirkan aliran Rasionalisme
3. Fenomena - melahirkan aliran Fenomenalisme
4. Intuisi - melahirkan aliran Intuisisme
5. Metode Ilmiah - melahirkan aliran saintifik.
Ontologi/Metafizik - Teori Hakikat
Hakikat bermaksud suatu keadaan yang sebenarnya. Iaitu suatu keadaan yang sebenarnya dan bukan sementara.
1. Ontologi
2. Kosmologi
3. Antropologi
4. Theodecia
Theodecia merupakan salah satu cabang falsafah yang membicarakan tentang dasar-dasar Ketuhanan dan hubungan manusia dengan Tuhan berdasarkan logik atau pendapat akal manusia. Ia tidak membicarakan Tuhan dari segi agama. dalam cabang ini, terdapat beberapa aliran, iaitu:
- Theisme
- Monotheisme
- Trinitheisme
- Politheisme
- Pantheisme
- Atheisme
- Agnostisisme
5. Falsafah Agama
Aksiologi/Etika - Teori Nilai
Aksiologi
adalah istilah yang berasal dari kata Yunani iaitu; axios yang bererti
sesuai atau wajar. Sedangkan logos yang bererti ilmu. Oleh itu Aksiologi difahami
sebagai teori nilai.