Francis Bacon

Francis Bacon (1561-1626M) adalah seorang tokoh falsafah Barat moden berbangsa Inggeris. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, negarawan, saintis, peguam dan penulis. Beliau pernah  berkhidmat sebagai Peguam Negara dan Pegawai Censelor England. Walaupun kerjaya beliau dalam dunia politik berakhir dengan dukacita, akan tetapi beliau telah memberikan jasa yang besar dalam lapangan falsafah dan kaedah saintifik menerusi penulisan karyanya.

PERJALANAN HIDUP:
Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1561 di Strand, London. Beliau merupakan anak kepada Sir Nicholas Bacon daripada isterinya yang kedua iaitu Anne (Cooke) Bacon. Beliau dikatakan mendapat pendidikan awalnya di rumahnya sendiri akibat kesempitan hidup, menerima pendidikan secara lansung daripada John Walsall. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Trinity, Cambridge pada usianya 15 tahun pada 5 April 1573. Beliau hidup di Kolej ini selama tiga tahun bersama abangnya Anthony Bacon dibawah didikan Dr John Whitgift. Pendidikan beliau dijalankan dalam bahasa Latin dan mengikut kokurikulum zaman pertengahan.

Pada 27 June 1576, beliau dan abangnya, memasuki de societate magistrorum di  Gray's Inn. Beberapa bulan kemudian, beliau mengikuti Sir Amias Paulet ke Perancis. Untuk tiga tahun yang seterusnya, beliau mengembara ke Blois, Poitiers, Tours, Italy, and Sepanyol. Semasa pengembaraannya, beliau mempelajari bahasa, pentadbiran neraga dan undang-undang semasa menjalankan tugas sebagai pegawai diplomatik.

Kematian mengejut bapanya pada February 1579 mendorong beliau untuk kembali ke England. Sir Nicholas sebelum kematiannya telah meninggalkan sejumlah wang untuk membeli sebidang tanah bagi anaknya, akan tetapi tidak sempat melaksanakannya dan Bacon hanya ditinggalkan satu perlima sahaja daripada wang tersebut.

Objek Falsafah

Membicarakan mengenai suatu ilmu tanpa objeknya adalah suatu perkara yang agak sukar untuk difahami. Setiap perkara yang dipelajari, mesti mempunyai objek perbahasannya begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Sebagai contoh, matematik. Matematik mempunyai objek perbahasannya yang tersendiri iaitu ilmu yang berkaitan dengan nombor seperti tambah, tolak, bahagi, darab, kuasa dua dan sebagainya. Secara umumnya, ia membicarakan mengenai nombor untuk mengira dan membuat perhisaban terhadap sesuatu perkara.

Begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Ia mempunyai objek perbahasannya. Objek perbahasan ilmu falsafah adalah segala sesuatu yang ada dan yang mungkin ada. Skop perbincangan falsafah ini luas dan tidak terbatas. Ia meliputi semua perkara yang ada dan mungkin ada. Perkara yang ada adalah setiap perkara yang sudah berlaku, wujud dan sedang berlaku. Manakala perkara yang mungkin ada pula perkara yang belum berlaku, akan berlaku atau tidak akan berlaku yang sangat luas perbahasannya.

Secara umumnya, objek falsafah ini adalah setiap sesuatu yang ada di muka bumi ini dan setiap sesuatu yang bakal ada di muka bumi ini. Ia meliputi semua perkara.

Falsafah Menurut Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali merupakan seorang cendiakawan Islam yang hebat dan masyhur. Beliau telah memberikan jasa yang cukup besar dalam dunia Islam dalam usahanya menangkis perkara-perkara yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Beliau telah melalui pelbagai peringkat kehidupan sepanjang hayatnya.

Semasa hidupnya, beliau berusaha untuk mencari ilmu yang benar dan boleh diterima akan keabshan ilmu tersebut. Usaha beliau dalam mencari ilmu itu mendorong beliau mengkaji pelbagai aliran pemikiran yang ada pada zamannya.

Aliran pemikiran yang ada pada zamannya ialah aliran ilmu Kalam, aliran falsafah, aliran batiniyyah dan aliran tasawuf. Kita tidak akan membincangkan semua aliran pemikiran tersebut dalam hal ini. Tumpuan hanya kepada aliran falsafah sahaja.

Menurut beliau, aliran falsafah yang dipelopori oleh al-Farabi dan Ibn Sina itu ada silapnya. Ini kita boleh rujuk dalam kitab Tahafut al-Falasifah. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazali membicarakan secara terperinci 20 persoalan yang bersalahan dgn agama Islam. Beliau membuat keputusan bahawa, tiga perkara daripada 20 persoalan itu dihukumkan kafir manakala selebihnya adalah bid'ah.

Selain itu, beliau menerima ilmu mantik yang ada dalam ilmu falsafah tersebut. Beliau berpendapat bahawa ilmu mantik ini perlu dipelajari oleh umat Islam agar umat Islam dapat berfikir dgn lebih tersusun dan teratur iaitu lebih sistematik pemikirannya.

Fungsi Akal Fikiran Manusia

Pendahuluan

Imam Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.  

Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4) 

Dengan dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan, dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang mengagumkan.


Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

  "Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".

Dalam ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:

  "Wahai manusia! Gunakanlah akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal, nescaya kamu ketahui perkara yang diperintahkan kepadamu dan perkara yang dilarang. Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhan mu. Ketahuilah bahawa orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah. Meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia, bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara, beruk dan khinzir lebih berakal di sisi Allah daripada orang yang menderhakai-Nya".

Al-Quran sentiasa menyeru kaum Muslimin supaya berfikir dan merenung. Seruan ini terdapat di dalam kebanyakan surah. Lapangan yang paling bagus yang boleh diteroka oleh akal manusia ialah kejadian langit dan bumi. Lapangan inilah yang sering disuruh kita memikirkannya. Allah berfirman yang bermaksud:

Pancaindera Manusia

Pancaindera manusia merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan manusia yang memberikan maklumat penting kepada manusia. Ia meliputi pelbagai deria iaitu mata, telinga, hidung, mulut dan kulit. Dalam sudut pandang ilmu pengetahuan atau ilmu falsafah, pancaindera manusia ini merupakan salah satu daripada sumber ilmu yang dipercayai dan diyakini akan kebenaran dan keabsahannya.

Add caption
Deria pertama: Mata - Penglihatan

Mata terdiri dari otot mata, bola mata dan saraf mata serta alat tambahan mata iaitu alis, kelopak mata, dan bulu mata. Alat tambahan mata ini berfungsi melindungi mata dari gangguan. Alis mata berfungsi untuk melindungi mata dari keringat, kelopak mata melindungi mata dari benturan dan bulu mata melindungi mata dari cahaya yang kuat, debu dan kotoran.


Fungsi bahagian - bahagian deria penglihatan adalah seperti berikut :
  • Kornea mata berfungsi untuk menerima rangsang cahaya dan meneruskannya ke bagian mata yang lebih dalam.
  • Lensa mata berfungsi meneruskan dan memfokuskan cahaya agar bayangan benda jatuh ke lensa mata.
  • Iris berfungsi mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke mata
  • Pupil berfungsi sebagai saluran masuknya cahaya.
  • Retina berfungsi untuk membentuk bayangan benda yang kemudian dikirim oleh oleh saraf mata ke otak
  • Otot mata berfungsi mengatur gerakan bola mata
  • Saraf mata berfungsi meneruskan rangsang cahaya dari retina ke otak

Deria kedua: Telinga - Pendengaran

Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang terhasil melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rambut yang halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...