Perkataan Falsafah فلسفة ialah kalimah معربة
mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab)
Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua
perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan.
1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta).
2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah.
Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف (failusuf) yang membawa maksud محب الحكمة (muhibbul hikmah = pencinta hikmah)
Ahli
sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula
menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan
ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu
sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi.
Dikatakan فيثاغورس
(Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga
menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat
dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut;