Apakah Falsafah Itu? Makna Falsafah itu...

Perkataan Falsafah فلسفة  ialah kalimah معربة  mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan.
1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta).
2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah.
Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف  (failusuf) yang membawa maksud  محب الحكمة  (muhibbul hikmah = pencinta hikmah)
Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi.
Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut;
أنا لست حكيما وإنما أنا محب للحكمة
Aku bukanlah hakim (sang hikmah) tetapi aku hanyalah pencinta kepada hikmah.
Pada pandangan Pitagoras, hakim hanya layak dinisbahkan kepada Allah sahaja adapun manusia hanya mampu untuk menyintai hikmah dan mencari ma’rifah untuk mengkaji tentang hakikat sesuatu.
pitagoras “Pitagoras”
Berpandangan golongan yang lain bahawasanya yang mula-mula menggunakan kalimah falsafah ini dalam satu tarkib (iaitu gabungan di antara dua perkataan Philo + Sophia) ialah سقراط (Suqrat/Socrates) ketikamana beliau melihat golongan sebelumnya daripada ahli falsafah menamakan diri mereka dengan sufist dan juga ketikamana beliau melihat golongan السوفسطائيين  (Sufasta’yiin) mendakwa dengan laqab (gelaran) ini dan menisbahkan kepada mereka dengan gelaran hukama’. Maka berkata Suqrat/Socrates ;
أنا لست سوفست وإنما أنا فيلو سوفوس
بمعنى أنني لست حكيما وإنما أنا فيلوسوف أي محب للحكمة
Aku bukanlah sufist (hakim) tetapi hanyalah failusufus bermaksud aku bukanlah hakim teapi aku hanyalah failusuf iaitu pencinta kepada hikmah.
Ta’rif daripada sudut istilah falsafah.
Berbeza-beza ta’rifan dari sudut istilah mengikut perbezaan aliran dan sekolah falsafiyyah merujuk kepada satu aspek. Daripada aspek yang lain perbezaan ta’rifan disebabkan berbezanya zaman pra sejarah. Apa yang dita’rifkan pada العصور القديمة  (zaman lama) berbeza pada العصور الوسطى  (zaman pertengahan) dan العصور الحديثة (zaman modern).
Tiga zaman ini merupakan peringkat perkembangan ilmu falsafah dan setiap zaman itu lahirnya tokoh-tokohnya yang tersendiri.
Pandangan ahli falsafah zaman sebelum Suqrat/Socrates yang mewakili permulaan falsafah di Negara Yunani ialah pandangan bersifat مادية  maadiyyah (sesuatu benda yang boleh dicapai melalui pancaindera). Sebahagian besar ahli falsafah zaman ini ialah golongan الطابيعيين (at-Tobi’iyyin) yang berpendapat kewujudan hanya terbatas pada alam maadi dan tidak ada kewujudan disebalik maadah. Bermaksud jika sesuatu kewujudan itu tidak boleh dilihat atau disentuh atau dirasa melalui pancaindera maka ia tidak wujud.
Daripada sinilah yang menghala perbahasan mereka kepada العلل الأولى (sebab yang pertama) bagi tobi’ah atau asal kewujudan sesuatu secara tobi’ah (semulajadi). Dinamakan mereka sebagai ahli falsafah الطابعيين (at-Tobi’ieyyin).
Kita lihat apa pandangan golongan الطابعيين (at-Tobi’ieyyin) dalam menyatakan asal kewujudan setiap sesuatu ;
1) Berkata  فطاليس ;
إن أصل الأشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات
“Sesungguhnya air itu asal sesuatu. Daripada air ini keluarnya semua maujudaat (benda yang wujud)”
2) Berkata انكسمندر ;
إن أصل الأشياء الماء منه خرجت جميع الموجودات
Sesungguhnya air adalah asal sesuatu daripadanya keluarnya semua benda yang wujud.
3) Berkata انكسيمانس ;
إن الهواء أصل الأشياء
“Sesungguhnya udara itu asal sesuatu”
4) Berkata هرقليطس ;
إن النار أصل الموجودات
Sesungguhnya api itu asal semua benda yang wujud.
 socrates
“Suqrat/Socrates”
Kemudian datang سقراط (Suqrat/Socrates) mengalakan perbahasan mengenai insan, akhlak insan dan menghalakan penumpuan manusia kepada perbahasan pada diri mereka. Beliau menggunakan syiar ;
اعرف نفسك بنفسك
Kenalilah diri kamu melalui diri kamu
Slogan ini dijadikan syiar bagi Suqrat/Socrates sehingga dikatakan sesungguhnya Suqrat/Socrates yang menurunkan falsafah daripada langit ke bumi.
Kemudian datang pula أفلاطون (Pluto) dan memperluaskan lagi makna falsafah dan berpegang dengan teori-teori sebahagian ahli falsafah yang sebelumnya terutamanya  بارمنيدس atau باري أرمينياس ( Peri Armenias ) dan سقراط (Socrates).
Beliau (Pluto) menggabungkan teori Peri Armenias dan Suqrat (Socrates).
Aristotle “Aristo/Aristotle”
Kemudian datangnya أرسطو  (Aristotle) yang digelar المعلم الأول (Guru yang pertama). Berkembang madrasahnya (aliran) dan dikenali sebagai المشائين (Orang yang berjalan) kerana kebiasaannya beliau menyampaikan pengajiannya dalam keadaan berjalan dan murid-muridnya mengikuti beliau di sekelilingnya.
Kesimpulan makna falsafah
1) Falsafah ialah pengetahuan yang bersifat aqliyyah dan ilmu dengan maksud yang umum. Makna ini yang didapati di sisi Aristotle ketika menta’rifkan falsafah dengan katanya;
Sesungguhnya falsafah itu pembelajaran tentang kewujudan dengan apa dia maujud (ada) atau pembelajaran ‘ilal ( sebab-sebab) dan prinsip-prinsip yang pertama bagi setiap sesuatu. Maksud ini juga mempengaruhi ahli falsafah modern seperti ديكارت  (Decrotes) dan بيكون  (Bacon). Jadi falsafah di sisi  ديكارت  (Decrotes) ialah ilmu dengan prinsip-prinsip yang pertama dan ilmu kulli yang mengcakupi.
2) Falsafah ialah himpunan pembelajaran dan pemerhatian zat tab’ie secara umum yang menjurus kepada pengembalian sistem daripada ma’rifah keseluruhannya kepada bilangan yang kecil daripada prinsip-prinsip yang dikemukakan.
Dengan ta’rif di atas disebut  falsafah al-‘uluum, falsafah at-taarikh, falsafah al-qaanun dan inilah ta’rif di sisi سبنسير  (Spencer).
3) Falsafah ialah pembelajaran yang bersifat naqdiyyah (kritikan) dan pemerhatian. Inilah ta’rif di sisi كرونو  (Chrono).
4) Falsafah ialah pembelajaran yang berkait dengan hukum-hukum yang kukuh. Asas ini terdiri daripada العلوم المعيارية  (al-‘ulum al-mi'yariyyah) yang tiga iaitu 1) Ilmu Akhlak yang membahaskan tentang nilai kebaikan. 2) Ilmu Mantiq yang membahaskan tentang nilai kebenaran 3) Ilmu Jamal yang membahaskan tentang nilai kecantikan.
5) Falsafah secara asas ما بعد الطبيعة  (ma ba’da at-tobi’ah). Ma ba’da at-tobi’ah telah di ta’rifkan oleh Aristotle ialah perbahasan pada sesuatu yang wujud dengan apa dia wujud.
6) Falsafah ialah ilmu yang melahirkan aqal atau kekuatan orang yang beraqal pada manusia dengan maksud memerhati dan mengamati kepada kejadian. Matlamat falsafah ialah menguasai ke atas kekuatan yang besifat tobi’ie dan mengadili pada sumber-sumbernya untuk merealisasikan sa’adatul insan (kebahagian manusia). Ini ta’rif di sisi فرنسيس بيكون.
- Rujukan kitab muhaadhoraat fi al-falsafah al-islamiyyah, Dukturah Laila Sulaiman Ali Bakr, Al-Mudarrisah biqismi Al-Aqidah Wal Falsafah, Kulliyah Ad-Dirasat lil Banat, Jami’atul Al-Azhar As-Syarif bil Mansurah,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...