Falsafah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat dalam dunia masa kini dan sejak dahulu lagi. Ia menjadi titik tolak kepada pembangunan dan pembinaan sesebuah tamadun kemanusiaan. Di samping ia menjadi cabang kepada ilmu, malah ia menjadi nadi dan pengerak kepada ilmu-ilmu yang lain.
Boleh di katakan, falsafah merupakan ilmu yang membincangkan tentang asas-asas dan juga dasar-dasar kepada ilmu yang terdapat di dunia kini. Sejak dari zaman Yunani lagi, perbincangan falsafah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, perubatan, matematik, fizik, metafizik, teologi, sejarah dsb. Bidang ilmu falsafah ini bukan sahaja membincangkan mengenai soal fizikal semata-mata iaitu dengan menjawab persoalan apa, bagaimana, siapa dan bila, akan tetapi ia menjawab lebih dari itu dengan cuba menjawab persoalan mengapa dan kenapa.
Persoalan yang cuba dirungkaikan ini memerlukan kepada jangka waktu yang lama untuk memberikan jawapannya. Hal ini kerana ia cuba menghuraikan sesuatu perkara yang disebalik sesuatu. Sebagai contohnya, ilmu sejarah. Secara kasarnya, sejarah adalah bidang ilmu yang cuba menjawab memberikan maklumat tentang masa lampau. Ia merekodkan perkara-perkara yang berlaku yang dianggap penting. Akan tetapi, bagi falsafah pula, iaitu bidang ilmu falsafah sejarah, ia cuba menjawab persoalan, mana satu sejarah yang penting, apakah faedah memelajari sejarah, sejarah yang mana memberi kesan kepada kehidupan manusia dari pelbagai sejarah atau perkara yang berlaku, dan kenapa? Persoalan-persoalan yang sebegini yang cuba dirungkaikan oleh falsafah.
Oleh yang demikian, perbahasan bidang ilmu falsafah ini memang agak rumit dan memerlukan tenaga dan usaha yang kuat. Denan pemikiran yang mantap, serta kefahaman ilmu yang secukupnya, ia dapat membantu seseorang itu memahami dengan lebih baik sesuatu perkara. Dalam falsafah, perkara yang penting adalah mencari kebenaran dengan kekuatan yang adap pada manusia sekadar kemampuannya dan mencari kebahagiaan yang sebenarnya. Antara kebahagiaan yang cuba dicapai adalah mencari kebenaran.

No comments:
Post a Comment