Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.
Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya.
Selain itu, ahli falsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyarakatnya. Hal ini kerana, ahli falsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya ke arah jalan yang benar. Ahli falsafah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada masyarakat agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan sebagainya.
Pada masa sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya.
Setersunya, falsafah bermatlamat untu mencari kesatuan hakikat kebenaran yang bersepadu. Mengenali hakikat kebenaran merupakan makrifah yang yakin dan mutlak. Ia perlu sentiasa difahami dan dikenali serta sentiasa mencarinya secara bebas.

No comments:
Post a Comment