René Descartes

Rene Descartes (1595-1650M) merupakan seorang tokoh falsafah Perancis dan penulis yang membesar dan menghabiskan hidupnya di Belanda. Beliau dilahirkan pada tahun 1595M di La Haye, Touraine, Perancis. Pada usianya yang muda, beliau mempelajari falsafah skolastik, fizik dan matematik di La Fleche. Hanya matematik yang menarik minatnya, ini kerana baginya, matematik dapat memberikan kepastian dan kejelasan.

Beliau pernah mengembara dan memasuki perkhidmatan tentera serta bercampur gaul dengan sehenap lapisan masyarakat. Walaupun sibuk, beliau tetap berfikir tanpa henti. Beliau sering mencari jawapan kepada persoalan bagaimana untuk mencari kepastian dalam falsafah?. Beliau terkenal dengan teori keraguannya dengan katanya "Aku berfikir, maka dengan itu aku wujud" @ " Cogito ergo sum".


Pada tahun 1621M, beliau meninggalkan perkhidmatan ketenteraan dan terus mengembara untuk belajar sehingga tahun 1625M. Kemudian menghabiskan masa selamat tiga tahun di Paris (1625-1628M) bersama-sama dengan rakan yang berminat dalam bidang sains. Kemudian pada tahun 1629M sehingga 1649M, beliau menghabiskan masanya di Belanda (Netherland). Ini kerana, Belanda pada masa itu memberi kebebasan intelektual bagi mereka yang ingin menyuarakan dan menyampaikan buah fikiran secara bebas. Manakala tempat-tempat lain di benua Eropah ketika itu, tidak membenarkan keadaan seperti itu berlaku. Di sini beliau telah menulis buku berjudul Discourse on Method (1637), Meditations on the First Philosophy (1641)  dan Principles of Philosophy (1644).

Pada tahun 1649M, beliau menerima undangan dari Queen Christina dari Sweden untuk datang ke Stockhlom. Walaubagaimanapun, udara di Stockholm telah mengakibatkan kesihatannya terganggu. Akhirnya pada bulan Februari 1650M, beliau telah meninggal dunia setelah menetap hampir setahun di sana.

Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya, antara karya tersebut ialah Le Morele. Karya ini kepada dua bahagian, bahagian pertama dikenali sebagai "Treatise of Light" dan bahagian kedua dikenali sebagai "Treatise of Man". Dalam bahagian "Treatise of Light" itu, beliau memperkenalkan idea fizikalnya berdasarkan analisis tanah jirim dalam pergerakan. Beliu mempercayai bahawa alam semesta ini tidak kosong. Sebaliknya ia diisi dengan pelbagai tanah jirim dalam pergerakan yang berbeza. Manakala dalam "Treatise of Man" pula, beliau menghuraikan idea struktur jasad hidup. Idea ini dipanjangkan sebagai sebuah sistem fizikal yang beroperasi mengikut hukum fizikal.

Karya beliau yang seterusnya ialah Treatise on the Passions of the Soul. Ia dihasilkan pada tahun 1649M. Karya ini beliau menjelaskan akan teori dualisme dengan lebih jelas. Beliau menyatakan bahawa jasad tanpa roh akan menjadi satu automotor yang sepenuhnya di bawah kawalan mekanistik rangsangan luar dan keadaan hidraulik dalaman atau emosi serta tidak sedar. Beliau turut menyatakan bahawa roh atau minda tanpa jasad akan mempunyai kesedaran tetapi ia terdiri daripada idea semulajadi. Oleh yang demikian, jasad diandaikan menambah kekayaan kepada kandungan dan roh menambahkan kerasionalan dan keazaman kepada penyebab tingkah laku.

Karye beliau yang seterusnya ialah On Man yang membahaskan mengenai tindakan pantulan yang dianggapnya tidak sengaja. Beliau turut menulis sebuah karya lagi bertajuk Passion of Soul. Dalam karya ini, beliau menunjukkan bahawa wujudnya emosi dalam pengaliran dara, semangat kehaiwanan dan fungsi organ tertentu. Beliau juga turut menghuraikan enam jenis keghairahan asas iaitu kagum, kasih, benci, keinginan, gembira dan sedih. Setiap keghairanan itu mempunyai mekanisme fisiologi tertentu yang saling berinteraksi antara satu sama lain yang boleh menghasilkan emosi yang lebih kompleks lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...