Al-Kindi

Al-Kindi atau nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya'qub ibn Ishaq ibn al-Sabbah ibn 'Imran ibn Isma'il ibn al-Ash'ath ibn Qais al-Kindi. Diberi gelaran sebagai ahli falsafah Islam yang pertama. Beliau merupakan orang yang memperkenalkan falsadah dalam tradisi keilmuan Islam.

Keturunan al-Kindah merupakan suku Arab yang besar sebelum kedatangan Islam. Datuknya, telah memeluk Islam dan dianggap sebagai salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ayahnya merupakan seorang Gabenor di Kufah semasa pemerintahan Khalifah al-Mahdi dan al-Rashid dari Dinasti Abbasiyyah.

Beliau dilahirkan sekitar tahun 185H bersamaan 801M dan meninggal duni pada tahun 260H bersamaan 873M. Dalam kehidupan beliau, beliau melalui pelbagai proses, samada suka atau duka. Seperti kanak-kanak Islam yang lain pada zamannya, beliau ketika kecil, belajar membaca dan menulis, kemudian membaca al-Quran dan menghafalznya. Seterusnya mempelajari hadith, feqh, bahasa arab dan juga ilmu kalam. Peringkat seterusnya dalam pelajaran beliau, beliau berpindah ke kota Basrah, kemudian ke Baghdad untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Ke duda-dua buah kota ini merupakan kota peradaban ilmu yang besar pada ketika itu. Di Situlah berkumpulnya pelbagai para ulama dan cendiakawan Islam berkumpul dan mengajar ilmunya.

Minat al-Kindi yang lebih cenderung kepada ilmu falsafah ini, mendorongnya untuk mempelajari ilmu falsafah Yunani dan logik. Beliau turut terlibat dalam proses penterjemahan bahasa Yunani dan Syria ke dalam bahasa Arab. Proses ini dilakukan dengan lebih sistematik dengan tertubuhnya Bait al-Hikmah yang merupakan pusat terjemahan pada zamannya.

Hubungannya yang rapat dengan pemerintah sehingga nasihat beliau diambil berat oleh Khalifah. Beliau merupakan seorang yang cintakan ilmu sehingga koleksi kitab-kitab beliau yang banyak itu dijadikan sebagai sebuah perpustakaan dengan dinamakan perpustakaan al-Kindiyah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...