Al-Farabi

Al-Farabi atau Guru Kedua merupakan salah seorang ahli falsafah Islam yang memberi sumbangan besar dalam tamadun Islam. Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi dilahirkan sekitar tahun 258H bersamaan 870M dan meninggal dunia pada tahun 339H bersamaan 950M. Beliau lahir di Wasij, sebuah kampung berdekatan dengan Farab di Transoxiana. Bapanya seorang Jeneral dan beliau pernah bekerja sebagai seorang hakim untuk beberapa waktu.

Semasa kecil, beliau belajar agama dan bahasa, kemudian mempelajari ilmu hukum, Hadith dan tafsir al-Quran. Kemudian mempelajari bahasa Arab, Turki dan Parsi. Setelah itu, beliau berhijrah ke kota Baghdad untuk mendalami ilmu pengetahuan. Di kota ini, beliau mempelajari ilmu logik sehingga menguasainya dengan baik. Kemudian beliau pergi pula ke kota Aleppo. Di Kota Aleppo ini, beliau berkenalan dengan Sultan Saif al-Daulah beliau berkenalan dengan ramai para sarjana yang penuh dengan aktiviti ilmiah, mereka berkumpul untuk membicarakan ilmu pengetahuan dengan semangat akademik yang tinggi. Di sekitar kota ini jugalah beliau menulis beberapa buah risalah dan buku,

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Syria. Dalam upacara pengkebumian beliau, dihadiri oleh Amir Saif al-Daulah dan para pegawainya. Ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang besar dalam Istana Saif al-Daulah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...