Membicarakan mengenai suatu ilmu tanpa objeknya adalah suatu perkara yang agak sukar untuk difahami. Setiap perkara yang dipelajari, mesti mempunyai objek perbahasannya begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Sebagai contoh, matematik. Matematik mempunyai objek perbahasannya yang tersendiri iaitu ilmu yang berkaitan dengan nombor seperti tambah, tolak, bahagi, darab, kuasa dua dan sebagainya. Secara umumnya, ia membicarakan mengenai nombor untuk mengira dan membuat perhisaban terhadap sesuatu perkara.
Begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Ia mempunyai objek perbahasannya. Objek perbahasan ilmu falsafah adalah segala sesuatu yang ada dan yang mungkin ada. Skop perbincangan falsafah ini luas dan tidak terbatas. Ia meliputi semua perkara yang ada dan mungkin ada. Perkara yang ada adalah setiap perkara yang sudah berlaku, wujud dan sedang berlaku. Manakala perkara yang mungkin ada pula perkara yang belum berlaku, akan berlaku atau tidak akan berlaku yang sangat luas perbahasannya.
Secara umumnya, objek falsafah ini adalah setiap sesuatu yang ada di muka bumi ini dan setiap sesuatu yang bakal ada di muka bumi ini. Ia meliputi semua perkara.
Secara umumnya, objek falsafah ini adalah setiap sesuatu yang ada di muka bumi ini dan setiap sesuatu yang bakal ada di muka bumi ini. Ia meliputi semua perkara.
No comments:
Post a Comment