Pancaindera Manusia

Pancaindera manusia merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan manusia yang memberikan maklumat penting kepada manusia. Ia meliputi pelbagai deria iaitu mata, telinga, hidung, mulut dan kulit. Dalam sudut pandang ilmu pengetahuan atau ilmu falsafah, pancaindera manusia ini merupakan salah satu daripada sumber ilmu yang dipercayai dan diyakini akan kebenaran dan keabsahannya.

Add caption
Deria pertama: Mata - Penglihatan

Mata terdiri dari otot mata, bola mata dan saraf mata serta alat tambahan mata iaitu alis, kelopak mata, dan bulu mata. Alat tambahan mata ini berfungsi melindungi mata dari gangguan. Alis mata berfungsi untuk melindungi mata dari keringat, kelopak mata melindungi mata dari benturan dan bulu mata melindungi mata dari cahaya yang kuat, debu dan kotoran.


Fungsi bahagian - bahagian deria penglihatan adalah seperti berikut :
  • Kornea mata berfungsi untuk menerima rangsang cahaya dan meneruskannya ke bagian mata yang lebih dalam.
  • Lensa mata berfungsi meneruskan dan memfokuskan cahaya agar bayangan benda jatuh ke lensa mata.
  • Iris berfungsi mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke mata
  • Pupil berfungsi sebagai saluran masuknya cahaya.
  • Retina berfungsi untuk membentuk bayangan benda yang kemudian dikirim oleh oleh saraf mata ke otak
  • Otot mata berfungsi mengatur gerakan bola mata
  • Saraf mata berfungsi meneruskan rangsang cahaya dari retina ke otak

Deria kedua: Telinga - Pendengaran

Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang terhasil melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rambut yang halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz


Deria pendengaran adalah telinga yang terdiri dari :
  1. Telinga bahagian luar iaitu daun telinga, lubang telinga dan liang pendengaran
  2. Telinga bahagian tengah terdiri dari gendang telinga, 
  3. tulang pendengar ( martil, landasan dan sanggurdi) dan saluran eustachius.
  4. Telinga bagian dalam terdiri dari alat keseimbangan tubuh, tiga saluran setengah lingkaran, tingkap jorong, tingkap bundar dan rumah siput (koklea)

Fungsi bagian-bagian indra pendengar :
  • Daun telinga, lubang telinga dan liang pendengaran berfungsi menangkap dan mengumpulkan gelombang bunyi.
  • Gendang telinga berfungsi menerima rangsang bunyi dan meneruskannya ke bagian yang lebih dalam.
  • Tiga tulang pendengaran ( tulang martil, landasan dan sanggurdi) berfungsi memperkuat getaran dan meneruskannya ke koklea atau rumah siput.
  • Tingkap jorong, tingkap bundar, tiga saluran setengah lingkaran dan koklea (rumah siput) berfungsi mengubah impuls dan diteruskan ke otak. Tga saluran setengah lingkaran juga berfungsi menjaga keseimbangan tubuh.
  • Saluran eustachius menghubungkan rongga mulut dengan telinga bagian luar.

Deria ketiga: Mulut @ Lidah  - Rasa

Bahagian lidah yang berbintil-bintil disebut papila adalah hujung saraf pengecap. Setiap bintil-bintil saraf pengecap tersebut mempunyai kepekaan terhadap rasa tertentu berdasarkan letaknya pada lidah.
Pangkal lidah dapat mengecap rasa pahit, tepi lidah mengecap rasa masin dan masam serta ujung lidah dapat mengecap rasa manis.






Deria keempat: Hidung - Pembauan

Pembauan atau deria hidu ialah deria kimia yang satu lagi. Untuk deria rasa, terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Gabungan isyarat perangsang dari saraf penerima berbeza membentuk persepsi kita terhadap bau molekul berkenaan. Dalam otak, pembauan diproses oleh sistem olfaktori. Neuron menerima olfaktori dalam hidung bebrza dari neuron-neuron lain iaitu mati dan tumbuh semula secara kerap. Kecacatan deria hidu digelar anosmia. Sesetengah neuron dalam hidung dikhususkan untuk mengesan feromon (Bahan yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan dalam kuantiti yang kecil yang boleh menyebabkan tindak balas pembiakan, perkembangan atau tabiat tertentu oleh haiwan berdekatan yang sama spesies dengannya

Fungsi bagian-bagian indra pembau :
a. Lubang hidung berfungsi untuk keluar masuknya udara
b. Rambut hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk ketika bernafas
c. Selaput lendir berfungsi tempat menempelnya kotoran dan sebagai deria pembau
d. Serabut saraf berfungsi mendeteksi zat kimia yang ada dalam udara pernafasan
e. Saraf pembau berfungsi mengirimkan bau-bauan ke otak


Deria kelima: Kulit - Sentuhan


Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Dengan kulit kita dapat merasakan sentuhan. Bahagian deria sentuhan yang paling peka adalah hujung jari, telapak tangan, telapak kaki, bibir dan alat kemaluan.

Fungsi bagian-bagian kulit :
a. Kulit ari berfungsi mencegah masuknya bibit penyakit dan mencegah penguapan air dari dalam tubuh.
b. Kelenjar keringat berfungsi menghasilkan keringat
c. Lapisan lemak berfungsi menghangatkan tubuh
d. Otot penggerah rambut berfungsi mengatur gerakan rambut
e. Pembuluh darah berfungsi mengalirkan darah keseluruh tubuh.


1 comment:

Unknown said...

Ilmu yang bermanafaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...