Teologi

Teologi merupakan salah satu bidang serta cabang ilmu falsafah yang mendapat tempat yang hangat di kalangan ahli falsafah. Hal ini kerana, sejarah falsafah itu sendiri berasal dari Yunani dan Rome, di mana ahli falsafah mereka gemar untuk berbicara mengenai Tuhan. Dalam pemikiran ahli falsafah Yunani ini, apa yang mereka cari hanya kebenaran berdasarkan kepada akal semata-mata. Oleh itu, dalam konsep Tuhan juga, mereka akan menggunakan akal untuk mencapai kefahaman mengenai tuhan.

Konsep pemikiran mengenai Tuhan dalam falsafah Yunani ini, ada terdapat beberapa percanggahan dalam Islam. Ini kerana, Islam telah meletakkan konsep Tuhan itu dengan jelas dalam Al-Quran dan al-Hadith. Ahli falsafah Yunani, beranggapan bahawa, dengan akal yang sihat, manusia mampu untuk memahami dan mencapai kebenaran.

Oleh itu, dalam perbahasan mengenai konsep ketuhanan ini, Islam meletakkan beberapa asas yang utama. Seperti fikirlah mengenai makhluk Tuhan dan jangan berfikir mengenai Dhat Tuhan. Ini memberikan satu dasar dan saranan kepada manusia untuk memikirkan apa sahaja kecuali Dhat Tuhan yang Agung. Akal manusia tidak mampu untuk memahai Dhat Tuhan. Masakan boleh makhluk yang lemah untuk mengatasi sesuatu yang Maha Kuat dan Maha Agung.

Metafizik

Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahgian falsafah ini. Boleh di katakan, bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Ia adalah bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal. Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta merupakan perkataaan Yunani yang membawa maksud di sebalik dan fizik pula adalah alam zahir. Oleh itu, metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Oleh itu, terdapat persolan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap perkara yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu? Adakah sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud? Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang failasuf.

Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di capai.

Di antara failasuf yang membicarakan bahagian ini adalah Plato dan juga Aristotles. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sesuatu yang di sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri. Ini kerana alam pemikiran itu tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh di rasa kehadirannya.

Cabang Ilmu Falsafah

Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang di fikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang di lakukannya adalah apa yang di fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang di cerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.

Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri mansuia ti sendiri. Setiap dari manusia itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang di maksudkan disini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.

Cabang ilmu falsafah secara dasarnya mempunyai tiga cabang utama iaitu Kosmologi, Antropologi dan Teologi. Secara umumnya kosmologi adalah satu bidang ilmu falsafah yang mempelajari mengenai pengetahuan ahli falsafah (failasuf) mengenai peraturan-peraturan alam ini.

Manakala bidang antropolgi pula adalah satu ilmu yang membicarakan mengenai manusia. Perkara yang di bincangkan adalah mengenai hakikat manusia itu sendiri bukannya tubuh badan manusia seperti dalam bidang perubatan. Soal manusia ini sentiasa menjadi pertanyaan dalam sejarah falsafah. Ini kerana, falsafah itu melibatkan mengenai aktiviti akal fikiran manusia secara langsung yang mana akal itu hanya di miliki oleh manusia sahaja. Pertanyaan mengenai hakikat ini jugalah yang cuba di huraikan oleh akal manusia untuk mencari kebenarnnya.

Bidang teologi pula merupakan sebuah bidang yang membincangkan mengenai pemikiran failasuf mengenai ketuhanan. Dengan kata mudahnya, teologi ini adalah bidang yang cuba membahas mengenai hal-hal yang berkait dengan Tuhan. Failasuf cuba memahami sifat-sifat Tuhan dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha mereka memahami mengenai Tuhan.

Oleh yang demikian, secara ringkasnya, cabang ilmu falsafah itu ada tiga yang utama seperti yang dihuraikan diatas. Tidak dinafikan bahawa, cabang ilmu falsafah ada banyak antaranya etika, politik, ekonomi dll. Maka dengan itu, pelajaran falsafah ini akan dapat membantu manusia untuk berfikir dengan lebih terstur dan sistematik dalam usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...