Cabang Ilmu Falsafah

Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang di fikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang di lakukannya adalah apa yang di fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang di cerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.

Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri mansuia ti sendiri. Setiap dari manusia itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang di maksudkan disini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.

Cabang ilmu falsafah secara dasarnya mempunyai tiga cabang utama iaitu Kosmologi, Antropologi dan Teologi. Secara umumnya kosmologi adalah satu bidang ilmu falsafah yang mempelajari mengenai pengetahuan ahli falsafah (failasuf) mengenai peraturan-peraturan alam ini.

Manakala bidang antropolgi pula adalah satu ilmu yang membicarakan mengenai manusia. Perkara yang di bincangkan adalah mengenai hakikat manusia itu sendiri bukannya tubuh badan manusia seperti dalam bidang perubatan. Soal manusia ini sentiasa menjadi pertanyaan dalam sejarah falsafah. Ini kerana, falsafah itu melibatkan mengenai aktiviti akal fikiran manusia secara langsung yang mana akal itu hanya di miliki oleh manusia sahaja. Pertanyaan mengenai hakikat ini jugalah yang cuba di huraikan oleh akal manusia untuk mencari kebenarnnya.

Bidang teologi pula merupakan sebuah bidang yang membincangkan mengenai pemikiran failasuf mengenai ketuhanan. Dengan kata mudahnya, teologi ini adalah bidang yang cuba membahas mengenai hal-hal yang berkait dengan Tuhan. Failasuf cuba memahami sifat-sifat Tuhan dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha mereka memahami mengenai Tuhan.

Oleh yang demikian, secara ringkasnya, cabang ilmu falsafah itu ada tiga yang utama seperti yang dihuraikan diatas. Tidak dinafikan bahawa, cabang ilmu falsafah ada banyak antaranya etika, politik, ekonomi dll. Maka dengan itu, pelajaran falsafah ini akan dapat membantu manusia untuk berfikir dengan lebih terstur dan sistematik dalam usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...