Falsafah Sejarah I

Sejarah dan falsafah merupakan dua perkara yang sukar dan payah untuk di ungkapkan dengan makna kata sebenar. Hal ini kerana, falsafah dan sejarah mempunyai bidang dan perbahasan yang tersendiri dan rumit untuk di huraikan. Hanya insan yang mempunyai minat dan tahap pemikiran yang tertentu sahaja mampu untuk menghuraikannya dengan mudah dan memahaminya dengan baik.

Sejarah dan falsafah bukan sahaja mempunyai hubungan rapat, malah merupakan intipati kepada kedua-duanya. Jika ingin mempelajari sejarah, falsafah tidak boleh di tinggalkan. Hal ini kerana, sejarah tanpa falsafah adalah seperti gula tanpa manisnya. Itulah hubungan di antara falsafah dan sejarah. Kaitan sejarah dan falsafah ini boleh dihuraikan seperti hubungan antara air dengan tebing, bagai buku dengan ruas. Hanya gambaran sahaja yang boleh menjelaskan perkaitan rapat antara sejarah dengan falsafah ini.


Sejarah secara ringkasnya, merupakan peristiwa yang sudah berlaku. Peristiwa tersebut terlalu banyak dan ada yang bersifat runcitan (tidak penting). Manakala falsafah pula, seperti yang dihuraikan sebelum ini, merupakan pemikiran-pemikiran yang pernah dan akan lahir dalam peradaban manusia. Dan falsafah juga membincangkan mengenai ilmu mengenai pemikiran. Maka, secara ringkasnya, falsafah itu merupakan ilmu yang membahaskan pemikiran-pemikiran manusia yang muncul dalam sejarah manusia.

Oleh yang demikian, untuk memahami falsafah, maka sejarah harus dipelajari juga. Hal ini kerana, dengan memahami sejarah, seseorang itu akan dapat memahami apakah, bagaimana, bila, siapa, mengapa dan sebagainya sesuatu pemikiran falsafah itu boleh lahir dan muncul dalam peradaban pemikiran manusia. Dengan sejarah juga, manusia boleh mengetahuai asal-usul sesuatu pemikiran falsafah itu muncul.

Perbahasan dalam falsafah sejarah ini selalunya berkait rapat dengan persoalan sejarah itu sendiri. Ini kerana, perbahasan yang dibincangkan oleh sejarah, termasuk dalam perbahasan falsafah sejarah juga juga. Dengan kata lain, falsafah sejarah ini cuba membahaskan intipati @ tujuan sejarah itu sendiri. Ianya bertujuan unutk menyimpulkan @ menyebut sesuatu yang berguna daripada sejarah. Maksudnya untuk mendapatkan dan mencari sesuatu yang bermakna daripada sejarah. Lantaran itu, falsafah sejarah bolehlah dikatakan sebagai suatu percubaan sejarawan untuk memahami dan menerangkan apakah sejarah itu.

Pada awalnya, falsafah sejarah merupakan falsafah kehidupan itu sendiri. Kata mudahnya, para sejarawan cuba membentuk satu kesimpulan tentang kehidupan iaitu untuk melihat dan mengetahui bagaimanakah sejarah itu, yang menggambarkan perjalanan kehidupan, dapat disimpulkan atau 'dibentuk' sehingga ia menjadi natijah-natijah yang boleh dijadikan pengajaran, panduan dan iktibar.

Kemudian ia berkembang lebih luas lagi. Ia melihat falsafah sejarah dari sesuatu peradaban dan juga perkembangan peradaban tersebut. Setiap beradaban itu mempunyai natijah-natijahnya yang tersendiri berdasarkan kepada falsafah kehidupan masyarakatnya. Pada peringkat ini, ia menampakkan perkembangan dan juga perluasan skop falsafah sejarah itu sendiri, akan tetapi, ia juga menimbulkan perbagai kerumitan dan persoalan yang sukar dijawab.

Oleh yang demikian, falsafah sejarah pada zaman silam kerap dianggap sebagai satu bentuk spekulasi terhadap sejarah. Maksudnya, spekulasi itulah yang menjadi dasar dalam menghuraikan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku dalam sejarah. Kemudian, ia berkembang sebagai jawapan kepada persoalan apakah sejarah itu sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...