Nama sebenar beliau adalah Abu Bakar ibn Yahya ibn al-Sha'ighal Tujibi al-Andalusi al-Samqusti Ibn Bajjah. Beliau dilahirkan di Saragossa, Andalusia pada tahun 475H bersamaan 1082M. Beliau berasal dari keturunan keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas. Di sebelah barat beliau dikenali sebagai Avempace. Beliau pernah hidup di kota Serville, Granada dan Fez.
Beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang ahli falsafah sahaja, malah turut terkenal sebagai penyair dan juga ahli politik. Di samping mengamalkan hidup zuhud.
Pernah bekerja sebagai seorang wazir atau pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam salah sebuah kerajaan Muluk Tawaif di Andalusia dibawah pemerintahan Abu Bakr Ibrahim.
Beliau menguasai pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, perubatan, muzik, falak disamping menghafal al-Quran.
Pernah bekerja sebagai seorang wazir atau pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam salah sebuah kerajaan Muluk Tawaif di Andalusia dibawah pemerintahan Abu Bakr Ibrahim.
Beliau menguasai pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, perubatan, muzik, falak disamping menghafal al-Quran.
2. Rentetan Kehidupan
Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik. Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaiati di Saragoassa apabila dia mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ, Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri.
Pada tahun
1118 M, (512H) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal
dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville. Di dalam
perjalanannya ke Seville dia singgah di Valencia. Di Seville, Ibn Bajjah
menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang
ilmu logik.
Kemudian
Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke
Afrika Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara
pemikiran falsafahnya asing di kalangan masyarakat di situ. Beliau
ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi oleh Amir Abu
Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan
pembawa bid’ah. Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah
dilepaskan.
Ekoran dari
kejadian tersebut, beliau meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco.
Di sana, beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang
al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn
Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu yang panjang.
Kedudukan
yang beliau perolehi, telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari
pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138M (533H).
Menurut satu riwayat beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh
seorang doktor yang bernama Abu al-‘Ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap
kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada Ibn Bajjah .Beliau
dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez.
Beliau
mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar
belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua
orang pengikutnya ialah :
- Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman
- Ibnu Tufail
KARYA-KARYA IBN BAJJAH
Ibn Bajjah
banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang .Karya-karya yang
dihasilkan lebih kurang 31 karya .Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam
Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa Latin.
Manuskrip –manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di dalam
perpustakaan Bodlein MS.Pococke 206, Perpustakaan Berlin MS.5060 dan di
perpustakaan Escurial (Sepanyol) MS.612.
Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah :
o Risalah al-Wida’
Ia
mengandungi tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam serta huraian
mengenai kedoktoran dan perubatan Buku ini terletak di perpustakaan
Bodlein.
o Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Ia
mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan
falsafah.Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang
disebut Mutawahhid .Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah
al-Fadhilah, karangan al-Farabi. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah.
o Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.
o Kitab an-Nafs
Ia
mengandungi yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang
jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari
kewujudan manusia (kebahagiaaan). Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh
gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak
membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos,
Al-Farabi dan Al-Razi.
o Komentar Tentang Ilmu Logik Al-Farabi
Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial (Spanyol )
Beberapa
ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle, Al-Farabi,
Porphyrius dan sebagainya. Menurut Carra de Vaux, di perpustakaan Berlin
terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn Bajjah. Di antaranya ialah
Tardiyyah (syair-syair)
- Risalah al-Akhlaq
- Kitab al-Nabat
- Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah
Sesungguhnya
Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat, sesuai denagn kedudukan
dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang
kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia.
Menurut Ibn Khaldun, kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn
Rusyd (Averroes ), Ibnu Sina (Avincenna) dan al-Farabi.
Masih banyak
lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana
sebahagian besar karya tulisannya telah musnah .Bahan yang tinggal dan
sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan
di beberapa perpustakaan di Eropah.
Sesetengah
pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau
telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum
para sarjana barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani telah
dibicarakan dalam tulisannya secara tak langsung .
Biarpun umur
Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah
meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di
bumi Andalusia.
No comments:
Post a Comment