Setiap ilmu pengetahuan, mempunyai kebaikkan dan kegunaannya masing-masing. Begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Walaupun ramai yang menganggap ilmu falsafah itu sebagai suatu ilmu yang tidak penting, hanya spekulasi, bersifat angan-angan, akan tetapi ia mempunyai kebaikkannya yang tersendiri.
Dengan mempelajari falsafah, seseorang itu mampu memahami idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan dunia. Dengan kemampuan untuk memahami pelbagai pemikiran yang muncul ini, samada individu itu terpengaruh dengan idea tersebut atau menolak idea pemikiran itu dan membentuk sebuah idea pemikiran yang baru. Selain itu, individu itu mampu untuk mengetahui kebaikkan dan kelemahan sesebuah idea pemikiran yang diutarakan dengan mempelajari falsafah.
Pada masa sama, individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan sama ada idea tersebut mampu memberi kesan dalam kehidupan atau sebaliknya. Disamping itu juga, ia dapat menilai hujah-hujah serta bukti-bukti yang digunakan untuk membentuk sesebuah pemikiran itu.
Seterusnya, pembelajaran falsafah ini dapat mendidik minda dan akal fikiran manusia untuk berfikir dengan lebih sistematik. Hal ini kerana, dalam mempelajari falsafah dan memahaminya, ia memerlukan kekuatan logik atau mantik yang berdasarkan kepada hujah akal yang waras. Maksudnya, seseorang yang mempelajari falsafah akan berfikir dengan cara yang betul kerana dalam falsafah itu mempunyai suatu ilmu yang dipanggil ilmu logik yang membantu manusia untuk berfikir dengan lebih teratur. Dan setiap hujah yang dikemukakan mestilah mematuhi beberapa syarat agar hujah yang dikemukakan itu adal valid dan boleh diterima.
Lantaran daripada itu juga, tujuan utama falsafah adalah untuk mencari kebenaran atau hikmah. Kebenaran atau hikmah yang dicari ini adalah bersesuaian dengan kemampuan akal manusia sendiri. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut adalah kebenaran yang bersifat umum dan bukanya bersifat khusus. Usaha-usaha ke arah ini memerlukan kepada suatu sifat dan peribadi yang berdisiplin tinggi. Ini disebabkan, jalan untuk mencari dan menuju kepada kebenaran atau hikmah tersebut menrupakan jalan yang amat mencabar dan memerlukan tenaga, masa dan upaya yang lama.
Oleh yang demikian, ilmu falsafah itu penting kepada manusia yang ingin mencari kebenaran. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut tidak semestinya akan diperolehi. Ia memerlukan kepada beberapa syarat dan kemampuan untuk mencapainya. Akan tetapi, ini tidak menghalang seseorang untuk mempelajarinya. Dengan huraian seperti yang dinyatakan diatas, kewajaran untuk mempelajari falsafah ini perlu.

No comments:
Post a Comment