Falsafah dan Sains

Falsafah dan Sains secara umumnya jika dibicarakan secara sepintas lalu akan dikatakan mempunyai persamaan dan tiada perbezaan. Malah, apa yang dibicarakan oleh sains, akan dibicarakan juga oleh falsafah. Oleh yang demikian, disini, penulis akan cuba menghuraikan serba sedikit perbezaan yang terdapat antara sains dengan falsafah.

Pertama:
Bidang kajian falsafah adalah lebih umum sifatnya. Falsafah melihat dan membahaskan sesuatu itu dengan melihat secara lebih menyeluruh dan komprehensif. Ahli falsafah bermaksud memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam sifatnya. Cara untuk memahami sesuatu itu menurut ahli falsafah bukan hanya melihat dari aspek fizikal semata, malah turut juga melihat dari aspek sebab musabab sesuatu atau kejadian.  Manakala perbahasan ilmu sains lebih bersifat khusus dan spesifik seperti fizik, kimia, biologi dll. Dengan kata lain, seorang ahli sains yang pakar dalam bidang biologi hanya akan mahir dalam bidang tersebut sahaja dan agak sukar untuk memperkatakan dalam bidang ilmu yang lain.

Kedua:
Sains hanya mengkaji fakta sedangkan falsafah mengkaji fakta dan sistem nilai. Seorang saintis akan mengkaji, merekod, memerhati, membuat pertimbangan terhadap sesuatu. Beliau cuba memahami sesuatu hanya dengan melihat kepada fakta yang diperolehi. Sebaliknya bagi falsafah pula, selain mengkaji fakta, ia juga mengkaji nilai dan signifikannya kepada kehidupan manusia. Sebagi contohnya, penciptaan kenderaan, para saintis akan mengkaji dari aspek apa bahan-bahan untuk membuat kenderaan dan bagaimana untuk merekaciptanya, manakala seorang ahli falsafah turut mengkaji seperti diatas dan membuat tambahan dengan melihat kesannya kepada kehidupan manusia, binatang, tumbuhan, dunia dan sebagainya.

Ketiga:
Bidang falsafah itu merangkumi sains itu sendiri. Seorang saintis, akan mengkaji pelbagai teori dan konsep. Manakala falsafah pula membahaskan apakah konsep atau teori tersebut benar atau sebaliknya.Secara umumnya, falsafah membahaskan persoalan yang lebih asas dan mendasar dalam sesuatu perkara, membuat perbezaan antara fakta dan fiksyen, kebenaran dan pendapat, antara kepastian dan kemungkinan.

Walaupun secara dasarnya, ilmu falsafah dengan sains mempunyai persamaan. Persamaan ini disebabkan sains pada awalnya merupakan sebahagian dari bidang atau cabang ilmu falsafah itu sendiri. Flsafah yang cuba memahami sesuatu itu secara menyeluruh berbanding dengan sains yang cuba memahami sesuatu mengikut sudut pandang bidang sesuatu ilmu seperti fizik, biologi, botani dll.

3 comments:

Aizawa gurl said...

flsafah mnarik tp ssh dfhami sbb ade byk aspek n person..sy pnh blaja skali..byk gk sy tau tp sgt mmngkn:)

yusuf Laili said...

Salam;
Nice atrikel, sesuai untuk menambah ilmu dan penuh dengan flsafah sains.

CALLME mar . said...

entry yg sgt bermanfaat dan bagus saya suka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...