Makna Falsafah Menurut Thales

Thales (624-546 SM) merupakan tokoh falsafah Greek yang digelar sebagai bapa falsafah Barat. Beliau merupakan tokoh pertama yang membicarakan tentang falsafah dalam tamadun pemikiran manusia. Pada zamannya, beliau cuba untuk merasionalkan pandangan-pandangan yang bersifat lagenda dan mitos berkaitan alam dalam masyarakatnya.

Menurut beliau, falsafah seharusnya memberi penekanan atau perhatian kepada tiga aspek penting iaitu benda (things), rasional (rationality) dan kesejagatan (universality). Maksudnya, falsafah menurut beliau ialah penerangan secara rasional kepada seluruh benda secara prinsip atau universal atau kesejagatan. Penekanan diberikan kepada ketiga-tiga perkara ini adalah kerana ia merupakan intipati kepada perkataan falsafah itu. Benda yang dimaksudkan oleh beliau ialah alam (nature). Beliau cuba memberikan penyelesaian terhadap persoalan hakikat benda - asal-usul benda- yang akhirnya dibicarakan secara sistematik dalam bidang metafizik.



Manakala penggunaan rasional  dalam pengertian falsafah beliau adalah untuk memisahkan falsafah dari imaginasi dan lagenda. rasional berasal dari perkataan rasio atau reason. Rasional pada umumny adalah petunjuk kepada cara manusia mendapatkan konsep-konsep tertentu dan hasil-hasil ilmu pengetahuan. Oleh itu, rasional tidak sama dengan intelektual. rasional bermakna conclusive.

Seterusnya perkataan kesejagatan pula digunakan untuk memisahkan falsafah daripada disiplin-disiplin lain. Sebagai contoh, ilmu sains dengan falsafah. Sains secara umumnya membicarakan fakta-fakta dan memberikan tafsiran kepada fakta-fakta tersebut. Manakala falsafah pula menganalisis fakta-fakta tersebut.

Kesimpulannya, pada zaman Thales ini, falsafah merupakan aktiviti akal fikiran manusia semata-mata. Iaitu aktiviti manusia berfikir untuk mencari hakikat sesuatu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...