Makna Falsafah Menurut Plato

Plato (427-347SM) menyatakan bahawa ahli falsafah adalah manusia yang bersedia menerima ilmu pengetahuan, cinta, tidak pernah puas-puas belajar dan berminat mencari kebenaran dan suka melihat kebenaran itu diterjemahkan dalam kehidupan, hatinya terpaut kepada kebenaran. Selain itu, ia menjelaskan bahawa terdapat unsur moral dalam falsafahnya.

Bagi Plato, falsafah ialah pengetahuan kepada benda-benda. Benda-benda itu termasuklah benda disebalik benda (metafizik). Pengetahuan ini atau falsafah berusaha untuk memahami segala benda dan mengetahui akan hakikatnya.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa failasuf itu ialah orang yang menghiasi dirinya dengan kecintaan kebenaran serta penyelidikan dan lebih mengutamakan jalan keyakinan daripada jalan dugaan (dhan).

Jalan untuk mencapai kebenaran menurut beliau adalah melalui falsafah kerana intipati falsafah ialah mencintai, mengatur dan mengagungkan kekuatan akal dan hati. Apabila seseorang dapat mencapai tahap failasuf, maka dia akan memperolehi pengetahuan, dengan pengetahuan itu dia akan bertindak sejajar dengan kebenaran tersebut. Kerana, failasuf adalah cintakan kebenaran dan hanya mahukan kebenaran sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...