Makna Falsafah Menurut Socrates

Socrates (470-399SM) berpendapat bahawa falsafah adalah merupakan aspek yang menyentuh kehidupan secara praktikal. Menurutnya, falsafah adalah usaha memperbaiki manusia melalui prinsip moral yang boleh diperolehi daripada kebersihan fikiran. Beliau juga menyatakan bahawa untuk memperbaiki moral, ia memerlukan kepada kebersihan fikiran.

Selain itu, falsafah bukan sahaja merupakan renungan secara rasional, tetapi ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam falsafah. Falsafah merupakan sebahagian daripada teori-teori yang membentuk dan menguruskan kehidupan yang praktikal.

Pada zaman beliau, munculnya suatu kumpulan ahli falsafah yang digelar Sophists. Golongan ini menyatakan bahawa manusia adalah pengukur kepada semua perkara. Doktrin ini tidak dapat diterima kerana ia menghancurkan nilai dan sistem moral serta spiritual masyarakat. Implikasi dari doktrin kumpulan ini menyatakan bahawa manusia yang menentukan baik buruk sesuatu, tidak ada kebaikkan mutlak, semuanya bersifat nisbi. Dengan kesan ajaran ini, ia menghancurkan kestabilan sistem moral masyarakat yang baik dan meruntuhkan kebenaran. Iaitu bagi kumpulan Sophists tiada kebenaran yang bersifat mutlak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...