Makna Falsafah Menurut Pythagoras

Pythagoras (527-497SM) mentakrifkan makna falsafah lebih luas berbanding dengan Thales. Beliau mendefinisikan falsafah sebagai aktiviti pemikiran tetapi berusaha mempertinggikan spiritual dan moral personaliti manusia. Katanya, setiap perkara atau aktiviti yang menyuburkan pemikiran adalah untuk mempertinggikan spiritual dan personaliti seseorang. Di sini, beliau menambah perbahasan ilmu falsafah dengan memasukkan perbahasan spiritual dalam perbahasan falsafah dan unsur ini pada anggapannya adalah penting kepada manusia di dunia ini.

Beliau dalam menjelaskan fasafah ini menggunakan kiasan atau analogi berdasarkan kepada suasana dalam Sukan Olimpik. dalam sukan tersebut, beliau menyatakan bahawa terdapat tiga kelompok utama manusia. Pertama, kelompok manusia yang mengambil bahagian iaitu atlit.
Kelompok ini mengejar nama dan penghormatan. Kedua, kelompok manusia yang mengambil peluang berniaga iaitu kumpulan peniaga atau pedagang. Mereka hanya mengejar keuntungan sahaja. Ketiga, mereka yang datang untuk memerhati dan melihat acara sukan tersebut iaitu para penonton. Mereka tidak mengejar nama dan keuntungan. Tetapi mereka datang hanya semata-mata untuk mengetahui dan mencari kebenaran. Mereka tidak mempunyai kepentingan melainkan mencari ilmu pengetahuan. Kumpulan ini pada pandangan Pythagoras adalah ahli falsafah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...